fb fb fb fb fb

Ayam dijual RM5 seekor, Jualan Harga Patut Syawal bantu rakyat berhari raya

TANJUNG KARANG, 30 April- Serendah RM5 seekor ayam ditawarkan pada program Jualan Harga Patut Syawal di Padang Astaka, Sungai Besar.

Ia melibatkan sejumlah 20,000 ekor ayam bagi persiapan Aidilfitri.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata kira 10,000 kilogram daging lembu juga ditawarkan dengan kadar RM30 sekilogram.

"Jualan murah ini akan bermula hari ini dan sampai besok, dimana diantara barang yang dijual yang mendapat sambutan daripada rakyat adalah ayam.

"Seekor ayam kita jual RM5 sahaja tetapi terhad kepada dua ekor seorang. Maka, hari ini kita jual 10,000 ekor, besok kita jual 10,000 ekor lagi. Jadi, keseluruhan adalah 20,000 ekor," kata Noh Omar kepada pemberita RTM pada program jualan tersebut.


(Menteri KUSKOP, Tan Sri Noh Omar/Fail)

Turut hadir, Presiden Angkasa Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah dan Pengarah Suruhajaya Koperasi Malaysia (SKM) Selangor Rozdeen Mohd Jaafar.

Tambah Noh, program ini diadakan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri selain mengurangkan beban rakyat terutama golongan B40.

Selain itu, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) juga mengambil peluang dalam menjual barang-barang keperluan asas serendah RM2 seunit.

Noh Omar, turut mengambil kesempatan menyantuni sejumlah 3,000 golongan asnaf di Parlimen Tanjung Karang.

Media Baharu