fb fb fb fb fb

Lagi pencemaran air, Air Selangor umum henti tugas LRA Sungai Semenyih

(Foto FB LUAS)

KUALA LUMPUR, 30 April- Syarikat Air Selangor hari ini memaklumkan kepada orang awam berikutan henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih pada pada tengah hari tadi.

Ia susulan berlaku insiden pencemaran yang dikesan di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

"Walau bagaimanapun, memandangkan bacaan pencemaran bau telah berada pada tahap 0 ton pada jam 4 petang, 30 April 2022, LRA Sg Semenyih sudah mula beroperasi bagi memulakan proses pembersihan," kata kenyataan dimuat naik di Facebook Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) petang ini.

Bekalan air bersih dan terawat dijangka akan dapat disalurkan secara berperingkat kepada para pengguna bermula jam 12.30 pagi, 1 Mei 2022.

Sebanyak 463 kawasan di lima wilayah Air Selangor terjejas iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (194 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (20 kawasan) mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.


(Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih/Fail)

Bantuan alternatif melalui lori tangki telah digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal.

Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas.

Media Baharu