fb fb fb fb fb

DBKL gantung lesen Kelab Komedi di TTDI

KUALA LUMPUR, 13 Julai - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias memaklumkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menggantung sementara operasi premis sebuah kelab di Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Menurut Jalaluddin, DBKL telah mengeluarkan notis kepada premis tersebut di bawah Seksyen 101(1)(V) Akta Kerajaan Tempatan 1976 berkuatkuasa pada 10 Julai lepas.

Premis berkenaan digantung operasi kerana tidak mempunyai lesen hiburan selaras dengan Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.


(Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias)

"Untuk rekod, premis tersebut telah beroperasi tanpa lesen sejak 2014 hingga 2017. Walaupun beberapa permohonan telah dibuat, pengusaha premis gagal mematuhi pelbagai keperluan pada setiap permohonan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau lagi, pada tahun 2018, lesen premis berkenaan telah diluluskan dan masih sah sehingga kini iaitu untuk operasi restoran dan minuman keras.

Sebaliknya, premis tersebut tidak mempunyai lesen hiburan. Mana–mana pengusaha seumpama ini, perlu memiliki lesen premis dan lesen hiburan terlebih dahulu sebelum beroperasi.

DBKL akan terus mempergiat operasi bagi mengekang aktiviti haram dan pelanggaran undang-undang di premis hiburan yang berada dalam Kuala Lumpur dari semasa ke semasa.

Berita berkaitan
Wanita didakwa cetus suasana tidak harmoni kalangan penganut agama Islam
Muat naik video jelik komedi hina agama, teman lelaki Siti Nuramira mengaku tidak bersalah


Media Baharu