Datuk Zainudin mulakan tugas sebagai SUK Sabah

Datuk Zainudin Aman

KOTA KINABALU, 29 Jun – Datuk Zainudin Aman memulakan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah yang baharu di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Disambut barisan pegawai kanan kerajaan negeri setibanya di pejabat.
  • Mengadakan sesi beramah mesra dengan kakitangan dan melawat pejabat secara ringkas.
  • Mengadakan mesyuarat bersama kakitangan; pelantikan menggantikan Datuk Seri Panglima Safar Untong yang menamatkan perkhidmatan.

Beliau tiba di Menara Kinabalu pada pukul 7.50 pagi tadi sebelum merakam kehadiran masuk dan disambut barisan pegawai kanan kerajaan negeri.

Datuk Zainudin turut mengadakan sesi beramah mesra bersama kakitangan dan melakukan lawatan ringkas di sekitar pejabat.

Mesyuarat bersama kakitangan turut diadakan sebagai sebahagian daripada pengisian hari pertama beliau bertugas.

Pelantikan Datuk Zainudin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah berkuat kuasa pada 29 Jun. Beliau menggantikan Datuk Seri Panglima Safar Untong yang menamatkan perkhidmatan pada 28 Jun.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.