Datuk Seri Saifuddin Nasution galas sementara tugas Timbalan Presiden PKR

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN memutuskan Naib Presiden Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden PKR secara sementara.

RINGKASAN BERITA AI
  • MPP bersetuju memberi cuti sementara kepada Nurul Izzah bermula selepas Kongres Nasional 2026 sehingga tarikh yang akan diumumkan.
  • Sdri Nurul Izzah akan merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN pada 14 Ogos 2026.
  • Naib Presiden Datuk Seri Aminuddin Shaari menggalas sepenuhnya jawatan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN selepas mendapat persetujuan MPP.

Menteri Komunikasi merangkap Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Fahmi Fadzil dalam kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar untuk memberi cuti sementara daripada jawatan itu.

“Setelah mendengar padangan Nurul Izzah dan pimpinan, MPP bersetuju untuk memberi cuti sementara kepada saudari Nurul Izzah bermula selepas Kongres Nasional 2026 sehingga satu tarikh yang akan diumumkan.

“Berhubung Kongres Nasional 2026, Sdri Nurul İzzah akan merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN pada 14 Ogos 2026,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu Naib Presiden PKR, Datuk Seri Aminuddin Shaari akan menggalas sepenuhnya jawatan Pengarah Pilihanraya KEADILAN setelah mendapat persetujuan daripada MPP.

Datuk Seri Fahmi turut merakamkan penghargaan kepada Datuk Seri Aminuddin Harun, bekas Menteri Besar Negeri sembilan di atas perkhidmatan cemerlang beliau sepanjang dua penggal memegang jawatan berkenaan.

Beliau juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada pasukan yang telah bekerja bertungkus-lumus di dua Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

Dalam kenyataan sama Datuk Seri Fahmi turut memaklumkan bahawa MPP turut meluluskan 3,533 orang anggota baharu bagi tempoh 12 Julai sehingga Ogos 2026, yang telah mendaftar secara dalam talian.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.