fb fb fb fb fb

Datuk Seri Anwar seru diaspora Malaysia di Brunei dukung konsep Malaysia Madani

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Januari- Lebih 400 diaspora Malaysia di Brunei meraikan Majlis Makan Malam Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Majlis yang berlangsung di Suruhanjaya Tinggi Malaysia itu merupakan program pertama Perdana Menteri, setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei petang tadi sempena lawatan rasmi beliau ke negara itu.

Ketika berucap pada majlis tersebut, Datuk Seri Anwar menyentuh berkenaan konsep Malaysia Madani.

Dengan semangat, ketelitian, keinginan dan tekad Malaysia Madani, Perdana Menteri menyeru semua pihak untuk mendukung konsep berkenaan demi kebaikan bersama.

(Datuk Seri Anwar berucap pada Majlis Makan Malam Perdana Menteri
bersama Diaspora Malaysia di Brunei / Foto BERNAMA)

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah.

Media Baharu