fb fb fb fb fb

35 individu terperangkap di tapak perkhemahan susulan banjir

KOTA TINGGI, 24 Januari- 35 individu termasuk 12 kanak-kanak terperangkap di sebuah tapak perkhemahan di Tanjung Lompat, di sini setelah kawasan itu dinaiki air kira-kira pukul 5.00 petang tadi.

Kejadian turut mengakibatkan 16 kenderaan milik individu terlibat terkandas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Masri Ibrahim berkata, laluan keluar masuk ke tapak perkhemahan mula dilimpahi air setinggi satu meter menyebabkan semua mangsa terperangkap dan tiada laluan untuk keluar.

"Mangsa terlibat terdiri daripada 12 lelaki, 11 wanita, tujuh kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan," katanya.

(Mangsa yang terperangkap di sebuah tapak perkhemahan di Tanjung Lompat di sini)

Tambah beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.20 petang dan sembilan anggota serta dua jentera digerakkan ke lokasi.

Pasukan operasi khas membantu semua mangsa dengan membuat laluan keluar baharu ke tempat selamat.

Tapak perkhemahan itu diarah tutup sementara bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Operasi tamat pada pukul 7.40 malam tadi.

Media Baharu