fb fb fb fb fb

Ibu tunggal empat anak derita kanser tahap empat

(FOTO RTM)

KOTA BHARU, 24 Januari-Sumber pendapatan seorang ibu tunggal yang membesarkan empat orang anaknya terjejas selepas disahkan menghidap kanser payudara tahap 4 dua bulan lalu.

Faridah Md Salleh berkata, kesemua anaknya masih bersekolah dengan seorang daripadanya merupakan Orang Kelainan Upaya Autisme.

Katanya, perbelanjaan persekolahan anaknya terpaksa dihadkan kerana pendapatannya kini bergantung kepada bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM600 serta bantuan penduduk kampung.

Ujarnya, dia kini tidak boleh bekerja terlalu kuat dan terpaksa menghadkan aktiviti membuat dan menjual kuih kerana sentiasa keletihan dan sakit akibat kanser yang dihidapi.

"Saya buat kuih dan letak di kedai. Masa sakit ini aktiviti terpaksa diperlahankan. Saya hanya menerima tempahan kalau ada. Tidak mampu buat bekerja seperti dahulu. Mudah penat dan pening", katanya ketika ditemui di Kampung Senang, Kota Bharu.

Bagi orang ramai yang prihatin, boleh menghulurkan sumbangan kepada akaun Bank Islam 03018021794136.

Katanya, dia serta anaknya kini terpaksa menumpang rumah bekas suaminya buat sementara waktu kerana rumah kediamannya dalam proses baik pulih oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.


(Ibu tunggal, Faridah Md Salleh menghidapi kanser payudara tahap empat /FOTO RTM)

Media Baharu