fb fb fb fb fb

Banjir: 78 penduduk terjejas di Beluran

KUALA LUMPUR, 24 Januari- Seramai 78 orang daripada 19 keluarga di Beluran dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir, setakat pukul 9.04 malam tadi.

Menurut aplikasi InfoBencanaJKM, seramai 39 penduduk terjejas banjir daripada 10 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Kubambangan.

Manakala 39 orang daripada sembilan keluarga lagi ditempatkan di Dewan Batangon darat.

Selain Sabah, Johor juga masih terjejas banjir dengan 18 PPS dibuka, setakat pukul 9.32 malam tadi.

18 PPS berkenaan menempatkan seramai 1,666 penduduk terjejas banjir daripada 452 keluarga.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu