fb fb fb fb fb

12 kematian direkodkan di Perak sepanjang Op Selamat 19

IPOH, 24 Januari- Sebanyak 12 kematian direkodkan di Perak sepanjang tujuh hari Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, statistik itu melibatkan 833 nahas jalan raya dengan sembilan daripadanya merupakan kemalangan maut.

Jelas beliau, berdasarkan pecahan mengikut kenderaan berat, tiada insiden melibatkan bas ekspres direkodkan setakat ini manakala lori mencatatkan 21 kes.

"Satu pujian kepada pemandu-pemandu bas setakat ini kerana tidak menyumbang kepada jumlah kemalangan.

Ianya menunjukkan penurunan sebanyak 60 peratus berbanding Op Selamat 17 yang diadakan pada tahun lepas iaitu sebanyak 52 kes iaitu bas 11 kes dan lori 41 kes," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada Kempen Kesedaran dan Keselamatan Jalan Raya Masyarakat Pulang ke Kampung sempena Tahun Baharu Cina bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Perak di Terminal Meru Raya, di sini.

(Datuk Azizi Mat Aris, Timbalan Ketua Polis Perak)

Tambahnya, beliau berpuas hati dengan pengoperasian bas ekspres di negeri itu apabila pemeriksaan ke atas pemandu tidak menemukan sebarang kes melibatkan penggunaan dadah dan alkohol.

Pengusaha bas juga didapati memberi kerjasama yang baik dengan merancang jadual perjalanan pemandu bertugas bagi mengurangkan risiko kecuaian di jalan raya.

Media Baharu