fb fb fb fb fb

ASEAN sepakat bantu Timor-Leste laksana tanggungjawab

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) ketika sidang media penutup Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 28 Oktober - ASEAN akan terus sepakat memainkan peranan aktif dalam membantu Timor-Leste melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya sebagai anggota rasmi blok serantau itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kemasukan negara berkenaan sebagai anggota ke-11 ASEAN sebagai satu pencapaian bersejarah yang menjadi legasi penting di bawah kepengerusian Malaysia.

Beliau turut menegaskan kemasukan negara itu bukan sekadar proses teknikal, tetapi juga simbol persahabatan dan penghormatan terhadap kedaulatan negara tersebut.

“Kita bersahabat kerana saling menghormati sesebuah negara dan maruah rakyatnya. Seperti dalam sebuah persahabatan ada antara ahli keluarga kita yang kaya, ada yang miskin, namun kita tidak memilih hanya yang kaya. Itulah hubungan yang kita pupuk.

Sebab itu rakan-rakan di Kementerian Luar bertungkus-lumus mencari jalan bagaimana untuk memastikan Timor-Leste diterima sepenuhnya sebagai anggota ke-11 ASEAN, dan alhamdulillah, ini merupakan detik yang sangat bersejarah,” kata beliau ketika sidang media penutup Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Malaysia akan terus memainkan peranan aktif dalam membantu Timor-Leste menyesuaikan diri dengan prinsip ASEAN, selaras dengan semangat perpaduan dan kemajuan bersama.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ