KUALA LUMPUR, 28 Oktober - Kajian rangka tindakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang menumpukan pembangunan pelaburan dan data di kawasan berkenaan, dijangka siap pada suku pertama 2026.
Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib berkata kerajaan turut menyasarkan sebanyak 50 projek berimpak tinggi di kawasan JS-SEZ dalam tempoh lima tahun dan seterusnya 100 projek dalam masa 10 tahun akan datang.
"Kerajaan menyasarkan sejumlah 50 projek berimpak tinggi dalam tempoh lima tahun dan projek di dalam masa 10 tahun kerajaan mensasarkan penciptaan sekurang-kurangnya 20,000 peluang pekerjaan kemahiran tinggi dalam tempoh 10 tahun.
"Kerajaan sedang melaksanakan kajian rangka tindakan GSCZ untuk memberikan tumpuan kepada pembangunan laporan dan data-data berkaitan pelaburan di kawasan gs acz dan dijangka selesai insya-allah pada suku pertama 2026", katanya semasa menjawab soalan ahli parlimen Tebrau mengenai jumlah pelaburan yang telah diluluskan oleh Kerajaan dan langkah yang telah diambil untuk memastikan zon ekonomi JS-SEZ ini menjadi hub pelaburan terunggul, di Parlimen, hari ini.
Beliau turut memaklumkan, nilai pelaburan diluluskan bagi separuh pertama 2025 berjumlah RM37.1 bilion, berdasarkan laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Daripada jumlah itu, sebanyak RM24 bilion merupakan pelaburan dalam sektor perkhidmatan seperti teknologi maklumat dan komunikasi manakala baki RM13 bilion bagi sektor pembuatan seperti produk petroleum dan petrokimia.