fb fb fb fb fb

Banjir Kota Tinggi lebih teruk berbanding Disember lalu

KOTA TINGGI, 24 Januari- Bencana banjir yang melanda di sini hari ini lebih besar berbanding Disember tahun lalu.

Pegawai Daerah Kota Tinggi, Datin Paduka Hazlina Jalil berkata sehingga kini, lima pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi di daerah tersebut, berbanding dua PPS pada Disember 2022.

Tiga daripada lima PPS sudah didaftarkan, antaranya PPS Dewan Kampung Baru Sungai Mas dan PPS Dewan Taman Desaru Utama.

Kerajaan negeri juga telah menyalurkan sumbangan kepada keluarga terjejas di PPS di daerah tersebut, termasuk agihan keperluan asas oleh 'Southern Volunteers'.

"Banjir kali ini disebabkan pertembungan hujan yang tidak berhenti daripada malam semalam dan jugak air pasang, jadi disebabkan itu berlakunya banjir yang agak besar berbanding bulan 12 lalu," katanya kepada pemberita di sini.

Hazlina turut memberitahu tiada jalan utama terputus hubungan buat masa ini susulan banjir di Kota Tinggi.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu