fb fb fb fb fb

Banjir: Jumlah PPS di Johor meningkat

JOHOR BAHRU, 24 Januari- Jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan penduduk terjejas banjir di negeri ini terus meningkat kepada 16 PPS setakat 8.00 malam, yang melibatkan tiga daerah.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor, melaporkan PPS terlibat menempatkan 1,703 penduduk terjejas, daripada 469 keluarga.

Dua PPS beroperasi di Kota Tinggi, manakala enam PPS dibuka di Kluang, dan lapan dibuka di Segamat.

Segamat mencatatkan jumlah penduduk terjejas banjir tertinggi, iaitu 1,229 orang, diikuti Kluang 300 orang dan Kota Tinggi, seramai 174 orang.

Johor dilanda banjir hari ini susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi yang menyebabkan lebih 1,000 penduduk terjejas di Kluang, Segamat dan Kota Tinggi.


(Sebanyak 16 PPS dibuka di Johor setakat 8.00 malam ini) 

Media Baharu