fb fb fb fb fb

ESSCOM perkukuh keselamatan Timur Sabah

Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos dan Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Datuk Dr. Jamaluddin Mohd Ali

KOTA KINABALU, 3 Mei – Penubuhan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) sejak 12 tahun lalu terus memperkukuh benteng keselamatan di Pantai Timur Sabah daripada ancaman jenayah rentas sempadan, termasuk aktiviti penculikan.

Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos berkata, kejayaan itu dicapai hasil kerjasama erat antara ESSCOM dan komuniti di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE).

“Kita berjaya mempertahankan kedaulatan dan menghentikan aktiviti penculikan. Harapan saya agar pertahanan di kawasan Sabah Timur terus diperkukuh,” katanya kepada RTM selepas muncul dalam program Kami Bah Ini di Studio TV RTM, Kota Kinabalu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Datuk Dr. Jamaluddin Mohd Ali berkata, pelaksanaan program Kampung Angkat Madani di Kampung Inderasabah, Tawau bukan sahaja membawa pembangunan infrastruktur asas.

Malah menggalakkan penglibatan penduduk dalam menjaga keselamatan negara.

“Penduduk kampung turut serta bersama pasukan keselamatan memelihara kedaulatan dan keselamatan negara kita,” jelasnya.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI