fb fb fb fb fb

Datuk Hasni cadang pilih pemimpin muda terajui kerajaan negeri Johor

JOHOR BAHRU, 14 Mac - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Hasni Mohamad mencadangkan agar pucuk pimpinan parti memilih golongan muda bagi menerajui kepimpinan kerajaan negeri Johor.

Menurut beliau sokongan dan kedudukan golongan muda dilihat penting bagi pembangunan negeri, selain menjamin kemakmuran berpanjangan.

(Pengerusi Barisan Nasional Johor, Datuk Hasni Mohamad/Foto fail) 

Menerusi kenyataan media, Datuk Hasni turut menghargai keperihatinan dan kepercayaan parti sepanjang menjayakan Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor.

"Kemenangan 40 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan adalah hasil kerjasama semua pihak bagi menarik sokongan rakyat.

"Johor akan terus makmur dan sejahtera bawah barisan kepimpinan baharu," menurut kenyataan itu.

"Seperti yang saya ucapkan pada malam kemenangan BN Johor tempoh hari, tiada ideologi politik, ahli politik dan parti politik yang lebih besar, lebih penting dan lebih utama daripada Johor Darul Ta’zim. Kini merupakan masa untuk kita bersama-sama membina Johor yang lebih makmur," tambahnya.

Media Baharu