LABUAN, 14 Mac - Kutipan cukai Jabatan Kastam Diraja (JKDM) pada tahun lalu meningkat kepada RM42.5 bilion, berbanding RM38.67 bilion pada 2020.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir optimis kutipan akan meningkat tahun ini kepada RM45 bilion.
Bagaimanapun, jumlah kutipan bergantung pada situasi ekonomi semasa.
(Datuk Seri Abdul Latif ketika melawat Pelabuhan Labuan hari ini)
Mengulas mengenai kegiatan penyeludupan rokok di pulau-pulau bebas cukai beliau berkata, ia menunjukkan penurunan sebanyak enam peratus pada tahun lalu, susulan tindakan kerajaan mengenakan duti terhadap rokok dan produk tembakau sejak Januari 2021.
"Bagaimanapun JKDM akan terus membuat pemantauan mengenai pelaksanaan cukai terhadap rokok dan produk tembakau bagi memastikan keberkesanannya," kata Abdul Latif ketika mengadakan lawatan rasmi ke Pelabuhan Labuan, di sini.