KUALA LUMPUR, 23 Mei- Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Fahmi Fadzil telah dipilih sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN bagi penggal 2025-2028.
Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Fahmi berkata beliau menerima amanah besar itu dengan rendah hati dan penuh tanggungjawab.
"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.
"Insya-Allah, saya akan galas tugasan ini sebaik mungkin demi perjuangan rakyat, masa depan negara, dan meneruskan agenda reformasi yang menjadi nadi perjuangan KEADILAN sejak mula.
"Terima kasih kepada semua yang memilih dan memberi sokongan. Sama-sama kita terus mara untuk REFORMASI!," katanya.