fb fb fb fb fb

Datin Sarah Nava Rani dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN di Jakarta

Foto FB Wisma Putra

KUALA LUMPUR, 30 Mei- Datin Sarah Nava Rani Al Bakri Devadason telah dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia ke Asean di Jakarta.

Wisma Putra dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan bahawa Datin Sarah pernah ditugaskan di Kementerian Pertahanan pada tahun 1994 sebelum menyertai Kementerian Luar Negeri pada 1996.

Beliau berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Jerman dari 2017 hingga 2020.

"PYT Ambassador Datin Sarah Nava Rani Al Bakri Devadason, bakal Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN, Jakarta."

"Tahniah dan Selamat Bertugas!," kata kenyataan itu.

Di Kementerian Luar Negeri, Sarah juga berkhidmat sebagai Setiausaha Rendah Bahagian Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan dan sebagai Timbalan Ketua Pengarah di Jabatan Perancangan Dasar dan Strategi.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Penolong Setiausaha di Jabatan Hal Ehwal Wilayah dan Maritim.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM