Cadangan audit forensik pengurusan FELDA dibawa ke Kabinet

Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1448H, di sini. / Foto BERNAMA

SERDANG, 25 Ogos – Cadangan melaksana audit forensik terhadap pihak pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk dibincangkan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri menegaskan perbincangan perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan lanjut.
  • Timbalan Perdana Menteri mencadangkan audit forensik untuk mengesan isu tatakelola seperti salah guna kuasa dan pecah amanah.
  • Perdana Menteri akan menunggu laporan lengkap pasukan petugas khas sebelum membuat pengumuman rasmi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, perbincangan perlu dilaksana terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat.

“Kita akan bawa perkara ini ke Kabinet untuk dibincangkan,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1448H, di sini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mencadangkan audit forensik terhadap pihak pengurusan FELDA bagi mengesan sama ada berlaku isu tatakelola termasuk salah guna kuasa dan pecah amanah atau sebaliknya.

Menurut Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid, audit pengurusan sahaja tidak memadai memandangkan isu membabitkan agensi itu telah berlarutan sekian lama hingga mengakibatkan kerugian mencecah berbilion ringgit.

Sebelum ini, Perdana Menteri memaklumkan beliau akan menunggu laporan lengkap pasukan petugas khas yang menyiasat isu pengurusan FELDA sebelum membuat sebarang pengumuman rasmi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.