fb fb fb fb fb

Dasar Perpaduan Negara akan dikaji semula - Saraswathy

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 April- Majlis Penasihat Perpaduan Negara bersetuju untuk mengkaji dan meneliti semula Dasar Perpaduan Negara agar selari dengan keadaan semasa.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Saraswathy Kandasami berkata ia antara lain bagi memastikan rancangan agenda perpaduan dapat dikembalikan dengan lebih kondusif.

Ia termasuk meggariskan tiga objektif utama iaitu mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional, membentuk identiti nasional serta melahirkan rakyat yang bijak menghargai.

"Bagi menterjemahkan dasar tersebut ke dalam bentuk pelaksanaan, Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021 hingga 2030 telah dihasilkan yang turut melibatkan peranan kementerian dan agensi kerajaan yang lain," katanya ketika menjawab soalan Senator, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai di Dewan Negara di sini.

Dewan Negara turut diberitahu kementerian telah menghasilkan Kerangka Perpaduan Malaysia MADANI berteraskan perpaduan dalam kepelbagaian dalam mencapai agenda membangun Malaysia MADANI.
 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM