fb fb fb fb fb

Dasar Perfileman Negara akan diteliti semula

ISKANDAR PUTERI, 11 Mac- Dasar Perfileman Negara akan diteliti semula dan ditambah baik dalam usaha untuk mengembangkan industri perfileman dengan menarik lebih banyak pelabur antarabangsa.

Langkah itu sekali gus memberi manfaat dari segi limpahan ekonomi setempat yang meningkat tiga kali ganda dan menambah nilai tenaga kerja tempatan.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, usaha itu akan melibatkan beberapa kementerian, agensi dan pemain industri.


(Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil)

"Jadi bila kita dapat uruskan beberapa di peringkat kementerian dan FINAS bersama-sama dengan Kementerian Kewangan, saya percaya kita dapat tambah baik program FIMI.

"Insya-Allah pihak kementerian juga akan meneliti beberapa perkara, kerana kita bukan hanya mahu filem-filem yang produksinya dari luar untuk manfaatkan fasiliti di sini, kemudahan di sini tapi juga produksi-produksi, syarikat produksi tempatan", katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan Lawatan ke Iskandar Malaysia Studio di Iskandar Puteri, Johor.

Tambahnya, KKD sentiasa terbuka mendengar rintihan, luahan dan perkongsian pemain industri terkait perkara berbangkit mengenai kekangan dialami mereka.

“Jadi insya-Allah pada 16 Mac ini, saya akan adakan satu sesi town hall khas bersama pemain industri kita termasuk para pelakon, krew produksi dan pihak berkaitan untuk mendengar sendiri apa yang mereka perlukan,” katanya.

Media Baharu