fb fb fb fb fb

Dasar Gaji Progresif, KSM ketuai beberapa fungsi utama pelaksanaan

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar / Foto Fail

PUTRAJAYA, 2 Disember - Komited kepada model Dasar Gaji Progresif, Kementerian Sumber Manusia (KSM) bersedia mengetuai beberapa pelaksanaan fungsi utama di bawahnya, termasuk mengadakan rundingan bersama pihak majikan dan kesatuan sekerja.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata selain penyediaan garis panduan bagi majikan dan pekerja, pemantauan, penilaian serta koordinasi pembangunan juga bakal dilaksanakan.

"Bagi pembangunan sistem, KSM terlibat dalam proses pendaftaran, pemilihan dan pemantauan syarikat. Bagi peningkatan kemahiran pula, KSM bakal melaksanakan verifikasi latihan, pemeriksaan kualiti latihan, pengawalseliaan, pengauditan dan koordinasi latihan," kata Sivakumar menerus kenyataan.

Tambah Sivakumar, KSM juga akan menyediakan panduan kenaikan gaji tahunan melalui penyediaan cadangan kenaikan gaji tahunan.

Beliau berkata, kerjasama antara KSM dan Kementerian Ekonomi dalam usaha pelaksanaan Dasar Gaji Progresif, akan meningkatkan taraf kehidupan pekerja berpendapatan rendah dengan memberikan upah yang lebih baik, yang akhirnya dapat menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi Malaysia.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN