fb fb fb fb fb

Dakwaan ahli parlimen kerajaan akan sokong PN, hanya spekulasi

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil

SEPANG, 2 Disember- Dakwaan pihak tertentu kononnya lebih ramai Ahli Parlimen dari kerajaan akan menyokong Perikatan Nasional (PN), hanya spekulasi semata-mata.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, ini bukan sesuatu perkara baharu yang ditimbulkan oleh pihak pembangkang.

Fahmi yang merupakan jurucakap Kerajaan Perpaduan meminta, ahli politik parti pembangkang berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan masyarakat.

"Jadi bagi saya, ini akan disebut-sebut oleh pihak pembangkang kerana ada dalam kalangan mereka yang menyebut itu daripada Parti Bersatu dan mereka sekarang dalam keadaan panik. Kalau boleh kita cari titik untuk berdamai, jadi hentikanlah idea-idea kreatif ini", katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas menghadiri Program World #QuranConvention 2023 di sini hari ini.

ROSLINA BINTI DIN