fb fb fb fb fb

Banjir: Penduduk terjejas di Kelantan terus meningkat

PPS yang meneempatkan penduduk terjejas banjir di Kelantan

PASIR MAS, 2 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan terus meningkat.

Menurut Portal Info Bencana Banjir JKM, setakat pukul 7.00 malam, seramai 1,613 penduduk daripada 505 keluarga berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 1,351 penduduk pada pukul 5.00 petang tadi.

Sebanyak 11 PPS beroperasi di Daerah Pasir Mas, Bachok, Tanah Merah, Machang dan Kota Bharu.

Lima PPS yang beroperasi di Pasir Mas ialah SK Gual To’ Deh menempatkan 425 penduduk, diikuti SMK Baroh Pial (392) orang, SK Gual Periok (262), SMK (Agama) Lati, (88) orang dan SK Lati (53) orang.

Sementara itu di Bachok, 221 penduduk berlindung di PPS SMK Beris Panchor dan 99 penduduk di SK Jelawat.

Dua PPS Di Tanah Merah masing-masing 22 orang di PPS Balai Raya Padang dan SK Kelewek, 20 orang.

Manakala SK Pulai Chondong Machang, 12 orang dan SK Pangkal Kalong di Kota Bharu, 19 orang.

Laman sesawang Public info banjir JPS pula melaporkan, setakat jam 7.00 malam, Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas melebihi paras bahaya iaitu 10.30 meter.

Manakala Sungai Semerak di Jambatan Melor, Bachok pula melepasi paras amaran iaitu 8.18 meter.

ROSLINA BINTI DIN