fb fb fb fb fb

Dana RM500 juta bantu koperasi agromakanan, galakkan pengeluaran bahan makanan

(Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar ketika ditemu bual Berita RTM)

KUALA LUMPUR, 9 Jun - Dana RM500 juta yang diperuntukkan kerajaan di bawah ‘Skim Agro Food Facilities’ dilihat mampu membantu mengurangkan kenaikan harga barang.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata skim tersebut bertujuan menggalakkan pengeluaran bahan makanan yang diuruskan koperasi berasaskan agromakanan.

"Koperasi kita sedia maklum tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan koperasi ada agensi sendiri iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), jadi apa kita harap bahawa peruntukan koperasi ini boleh mohon melalui SKM, apabila melalui SKM kita ada prosedur kita sendiri jadi kita harap bantuan yang kita nak bagi kepada koperasi ini nanti adalah koperasi yang sudah bermula," kata beliau ketika ditemui selepas rakaman program Inklusif di Angkasapuri, di sini.


(Foto hiasan)

Jelas Noh, sebelum ini permohonan hanya dibuka kepada syarikat-syarikat dan tidak dibuka untuk koperasi.

Tujuan utama kerajaan memperkenalkan skim berkenaan adalah kerana mahu menggalakkan koperasi ini terus mengeluarkan lebih banyak agromakanan.

Selain itu, beliau juga yakin dengan pelancaran kedai koperasi atau Coopmart juga dapat membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga yang berpatutan sekali gus dapat mengurangkan beban rakyat.

Media Baharu