fb fb fb fb fb

Miller sertai KTM dalam MotoGP musim depan

(Miller sertai KTM dalam MotoGP musim depan/Google)

PARIS, 9 Jun- Penunggang Ducati, Jack Miller akan meninggalkan pasukan itu dan menyertai pesaingnya, MotoGP KTM musim depan.

Penunggang dari Australia berusia 27 tahun itu akan menggantikan pelumba Portugal, Miguel Oliveira untuk menyertai Brad Binder dari Afrika Selatan.

Miller telah menandatangani perjanjian untuk musim 2023 dan 2024, membawanya kembali ke KTM pasukan yang diwakilinya ketika bersaing sebagai pelumba Moto3 dan menduduki tempat kedua di belakang Alex Marquez dalam kejuaraan dunia 2014.

"Mempunyai Jack bersama Brad dalam pasukan kami bermakna kami mempunyai satu lagi aset berharga," kata pengurus pasukan KTM, Francesco Guidotti.

"Saya mengenalinya dengan baik, saya tahu bagaimana dia suka bekerja dan apa yang dia boleh bawa ke dalam pasukan."

(Penunggang Ducati, Jack Miller/Google)

Miller menyertai MotoGP bersama pasukan satelit Honda pada 2015 sebelum bertukar kepada Ducati Pramac tiga tahun kemudian.

Dia dinaik taraf ke pasukan utama Ducati musim lalu dan menamatkan saingan di tempat keempat dengan dua kemenangan.

Miller bagaimanapun bergelut musim ini dan berada di kedudukan kesembilan. -AFP

Media Baharu