fb fb fb fb fb

Dakwaan murid digigit guru disiasat- KPM

 (Hui Ying dan Guan Eng ketika mengadakan lawatan ke SMK Bagan Jaya, di Butterworth)

BUTTERWORTH, 10 Julai- Kementerian Pendidikan (KPM) akan menjalankan siasatan segera berhubung dakwaan mengenai seorang murid trauma ke sekolah akibat sering digigit gurunya seperti yang tular di media sosial semalam.

Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata, beliau sudah pun mengenal pasti hantaran yang dimuat naik ibu murid terbabit untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, KPM sangat memandang serius perkara ini kerana ia tidak sepatutnya berlaku.

“Kementerian tidak pernah membenarkan perkara seumpama ini berlaku dan langkah pencegahan akan diambil bagi memberi kesedaran kepada murid serta pelajar bahawa ia tidak sepatutnya berlaku,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Jaya, di Butterworth hari ini.


(Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying)

Pada majlis sama, Hui Ying turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk naik taraf dan penyelenggaraan sekolah terbabit.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng turut menyumbangkan RM200,000 bagi pemasangan alat pendingin hawa di bilik guru sekolah berkenaan.

Media Baharu