fb fb fb fb fb

31 projek perumahan swasta sakit berjaya dipulihkan

(Foto fail)

PUTRAJAYA, 10 Julai- 31 projek perumahan swasta sakit berjaya dipulihkan sepanjang Mei lalu membabitkan 3,299 unit kediaman bernilai RM1.66 bilion.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata daripada jumlah itu 28 projek telah mendapat Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) manakala bakinya akan diperoleh mengikut kemajuan yang dirancang.

"Jumlah projek yang telah kita lancarkan bagi tahun 2023 ialah 149 dengan nilai mencecah RM15.2 bilion.

"Jadi itu dari segi nilaian ringgit projek, manakala projek lewat RM17.6 bilion. Dari segi projek sakit sehingga bulan Mei mencecah RM50.5 billion," kata Akmal Nasrullah yang juga Pengerusi Pasukan Khas Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai.

Menurutnya, pasukan khas itu telah mengenal pasti 124 projek lewat, 471 projek sakit dan 112 projek terbengkalai.

Mengambil kira Nilai Pembangunan Kasar bagi projek lewat, sakit dan terbengkalai, pertemuan akan diadakan dengan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) untuk perbincangan yang lebih berfokus.

Beliau berkata dalam sidang media di kementeriannya di sini.


(Akmal Nasrullah berkata 31 rojek perumahan swasta sakit berjaya dipulihkan)

Media Baharu