fb fb fb fb fb

Perbicaraan kes Bung Moktar & isteri ditangguhkan

KUALA LUMPUR, 10 Julai- Mahkamah Sesyen menangguhkan perbicaraan kes Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Ab Samad atas pertuduhan rasuah RM2.8 juta.

Bung Moktar dan isteri sepatutnya mengemukakan keterangan bela diri pada hari ini serta 20, 21 24 dan 25 Julai.

Hakim Rozina Ayob bagaimanapun melapangkan semua tarikh tersebut setelah dimaklumkan perkembangan status rayuan berhubung permohonan semakan kedua-dua tertuduh di Mahkamah Rayuan, minggu lalu.

Beliau kemudian menetapkan kes disebut pada 13 September ini.

Pendakwaan terhadap Bung Moktar dibuat mengikut Subseksyen 17(a) Akta SPRM dan boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Zizie Izette pula mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya.

(Perbicaraan kes Bung Moktar, isteri ditangguhkan)

Media Baharu