fb fb fb fb fb

Cubaan seludup rokok kretek gagal

BATU PAHAT, 22 Disember- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM) Zon Maritim Batu Pahat, berjaya mematahkan cubaan seludup masuk 282,000 batang rokok kretek pelbagai jenama di perairan Kuala Batu Pahat, pukul 1.00 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata, 25 kotak rokok yang dipercayai tidak bercukai itu diambil dari Indonesia untuk pasaran tempatan

Bot maritim yang sedang menjalankan Op Jaksa dan Op Sapu Air 2022 menghampiri sebuah bot pancung tanpa nombor pendaftaran dalam keadaan
mencurigakan.

Menyedari kehadiran pihak berkuasa, bot dinaiki dua suspek bertindak memecut laju ke arah kawasan paya bakau, sebelum suspek terjun meninggalkan bot untuk melarikan diri.

"Kalau melihat pada keadaan bot yang tiada nombor pendaftaran, kita syak ia daripada Malaysia berdasarkan daripada reka bentuknya.

"Kita sebenarnya jarang dapat rokok seperti ini. Yang pasti semua rokok keretek, cuma jenamanya kita jarang jumpa. Bagi pasaran rokok ini, kita pun tidak berapa pasti target dia," katanya kepada pemberita di Pangkalan Zon Maritim Batu Pahat hari ini.

Jelasnya, sindiket berkenaan beroperasi semasa air pasang bagi memudahkan barangan seludup dipunggah.

Sebuah bot fiber menggunakan enjin jenis Yamaha 40 kuasa kuda, dan sebuah bot gentian kaca digunakan sindiket turut dirampas.

Kes disiasat, mengikut Akta Kastam 1967.

(Mohd Haniff Mohd Yunus)

Media Baharu