KUALA LUMPUR, 22 Disember- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pengurangan Cukai Taksiran Bagi Kediaman Berharga Di Bawah RM300,000 di Putrajaya bermula 1 Januari tahun depan dengan potongan sebanyak 30%.
Satu pertemuan dengan pengurusan tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah diadakan.
Beliau mendengar rungutan dan pandangan daripada penduduk di Putrajaya bahawa cukai taksiran yang dikenakan ke atas premis kediaman agak tinggi berbanding kawasan sekitarnya.
Pengurangan itu adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Perpaduan untuk mengurangkan bebanan rakyat terutamanya melibatkan golongan M40 dan B40 yang memiliki kediaman mampu milik di Putrajaya.
Potongan sebanyak 30% itu diberikan kepada premis kediaman yang telah siap dibina pada tahun 2017 sehingga kini yang melibatkan hampir 8,500 unit.
Pengurangan cukai taksiran akan mula berkuatkuasa mulai 1 Januari 2023 sehingga penilaian semula dilaksanakan oleh Perbadanan Putrajaya.
Hadir sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
(Foto hiasan)