KUALA LUMPUR 6 Mei: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga seniwati Sophia Ibrahim yang meninggal dunia malam tadi.
Menyifatkan Allahyarham seorang bintang seni unggul, beliau berkata Sophia telah menyumbang secara signifikan kepada perkembangan dunia perfileman sejak era 1960-an .
"Sepanjang perjalanan kerjayanya, beliau bukan sahaja menyerikan pentas lakonan malah turut membentuk warisan yang begitu bermakna dalam khazanah sinema Melayu.
"Saya pasti pemergian beliau amat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya para peminat filem Melayu dan seni budaya," katanya menerusi hantaran di platform X.