fb fb fb fb fb

RM1.8 billion kos tebatan banjir dapat dikurangkan melalui tender terpilih - PM

Foto Hiasan

(Foto Fail)

PUTRAJAYA, 22 Disember- Sebanyak RM1.8 billion dapat dikurangkan daripada kos asal pengurusan banjir bernilai RM15 bilion yang diluluskan pentadbiran terdahulu, sekiranya ia dilaksanakan melalui tender terpilih.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau telah mengarahkan Kementerian Kewangan untuk berbincang dan berunding semula dengan syarikat terlibat melalui tender ini.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap merasmikan Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 di sini)

"Saya sebut tadi tender, tender pilihan tebatan banjir RM15 bilion bila dibuat rundingan terus tender kosnya melambung, tapi saya arah MOF (Kementerian Kewangan) untuk berbincang balik dengan syarikat melalui proses tender terpilih, kos RM15 billion dapat dikurangkan. RM1.8 bilion dapat diselamatkan...

"Bayangkan sebanyak RM1.8 bilion dapat diselamatkan daripada projek RM15 bilion. Ini isu tatakelola yang baik, isi pimpinan harus pastikan jangan ada ketirisan, bukan soal politik, tetapi soal rakyat. RM1.8 bilion kalau dipulangkan kepada penjaja bayangkan. Itu contoh saja" katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 di sini.

Seramai 2,500 penjaja dan peniaga kecil dari seluruh negara hadir ke konvensyen anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Ia diadakan setiap tahun dan merupakan tahun kesepuluh di peringkat kebangsaan.

 

 

 

Media Baharu