PETALING JAYA, 22 Disember- Garis panduan berhubung ketetapan dan peraturan aktiviti perkhemahan akan dikuatkuasakan sebagai enakmen atau peraturan pekeliling.
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dalam masa terdekat, kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan pemilik atau penganjur tapak perkhemahan supaya garis panduan tersebut dapat dimuktamadkan.
(Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari)
"Saya jangkakan kita akan cuba untuk jadualkan pada sesi bulan tiga nanti, kalau ada kesempatan saya harap kita akan buat sesi bulan tiga kalau ada keperluan pindahan enakmen kalau tidak ada maknanya dalam tempoh dua bulan dari sekarang menjelang Februari kita boleh putuskan sahaja dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau pun dalam RMTES," katanya.
Tambah Amirudin, garis panduan berkenaan turut meliputi aktiviti memancing dan mendaki supaya kejadian kecemasan tidak berulang sekali gus menjamin keselamatan nyawa.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan pameran ‘The World of DC Exhibition’ di Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya, hari ini.