fb fb fb fb fb

Kerajaan akan bina PPS kekal dikawasan berisiko banjir - Zahid hamidi

KELANTAN, 22 DisemberKerajaan akan membina pusat pemindahan sementara (PPS) kekal di lokasi berisiko terkesan banjir di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkara itu diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat yang dipengerusikannya.


(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, selepas melawat PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Jelor, Pasir Puteh)

Jelas beliau, inisiatif itu adalah pendekatan jangka panjang bagi lokasi yang sering terdedah banjir selain kewujudannya dapat dimanfaatkan oleh semua.

"Ada dua pilihan pertama kita menggunakan sekolah-sekolah yang sering di jadikan sebagai PPS untuk di bina sebuah dewan, manakala PPS kekal yang tidak ada di kawasan sekolah menteri besar akan berbincang dengan setiausaha negeri untuk mengenal pasti tanah-tanah bersesuaian," katanya di sini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bercakap pada sidang media selepas melawat PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Jelor, Pasir Puteh.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, sekiranya gelombang ketiga banjir berlaku, langkah siap siaga perlu dilakukan oleh NADMA atas nasihat Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ini termasuk cadangan memindahkan penduduk di kawasan berisiko banjir tiga hari lebih awal sebelum banjir gelombang berikutnya berlaku.

Sementara itu, semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menempatkan penduduk terjejas banjir di beberapa negeri yang belum di gazetkan akan segera diwartakan.

Zahid Hamidi berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah di arahkan untuk mengenalpasti PPS telibat serta merta bagi mengelakkan berlakunya masalah birokrasi.

Ia terutama dalam memudahkan penyaluran bantuan di buat kepada penduduk terjejas dalam kadar segera oleh pelbagai agensi.

"Dengan arahan baru ini kerana penampungan perlu di lakukan dengan segera kita telah mengeluarkan arahan tetap bahawa pps yang tidak di gazetkan ini akan secara automatik di gazetkan dan semua bantuan-bantuan mengikut SOP yang telah di tetapkan hendaklah juga di salurkan," katanya kepada media selepas melawat PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Jelor, Pasir Puteh.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

 

Media Baharu