fb fb fb fb fb

JBPM pahang sedia beri bantuan pasca banjir

KUANTAN, 22 Disember- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang bersedia membantu penduduk terjejas banjir untuk kerja-kerja pembersihan kediaman, sebagai bantuan pasca banjir.

Pengarah JBPM Pahang Datuk Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, arahan berkaitan perkara itu juga telah dikeluarkan kepada semua balai bomba di
negeri terbabit.

Menurutnya, penduduk terjejas banjir di negeri itu boleh memaklumkan kepada balai bomba berhampiran jika memerlukan bantuan membersihkan kediaman mereka.

"Kalau kita tengok pada tahun ini di Pahang banjir yang berlaku tidak menyeluruh. ada kawasan-kawasan tertentu yang berlaku banjir, tidak seperti tahun sebelumnya.

"Bagi pertolongan pasca banjir, ia akan dilakukan selepas tiada lagi kenaikan berlaku," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada penduduk terjejas di Chendor.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Datuk Zulkhairi Zainol Abidin turut hadir pada majlis itu.

Beliau berkata, pihaknya tidak menghantar pegawai dan anggota bagi membantu operasi memindahkan penduduk terjejas banjir di negeri jiran kerana memberi tumpuan kepada persiapan banjir di Pahang.

Bagaimanapun, Bomba Pahang akan menghulurkan bantuan pasca banjir dalam operasi membersihkan kediaman penduduk di negeri terbabit.

(Foto hiasan)

Media Baharu