fb fb fb fb fb

Cuaca panas: KPM arah tangguh aktiviti luar bilik darjah

(FOTO HIASAN)

PUTRAJAYA, 4 Mei - Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) diarah menangguhkan aktiviti luar membabitkan murid, guru dan pensyarah susulan fenomena cuaca panas.

KPM memaklumkan, larangan itu termasuklah untuk aktiviti seperti merentas desa, kawad, sukan, permainan, perkhemahan serta pengajaran dan pembelajaran (PdP) luar bilik darjah.

(FOTO HIASAN)

"Mengambil kira cuaca panas dan kering berpanjangan yang sedang melanda negara, institusi pendidikan di bawah KPM diminta menangguhkan semua aktiviti luar membabitkan murid, guru dan pensyarah," kata kementerian itu menerusi perkongsian di Facebook.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan KPM sudah mengeluarkan pekeliling berhubung larangan sebarang aktiviti luar bagi mengelak serangan strok haba.

Beliau dilapor berkata, pekeliling itu berkuat kuasa semalam dan mesti dipatuhi semua guru besar serta pengetua sekolah di seluruh negara.

Katanya, larangan itu turut meliputi garis panduan baharu ditetapkan KPM selepas memberi kelonggaran pemakaian pakaian sukan sebelum ini.

Media Baharu