fb fb fb fb fb

Cuaca panas beri limpahan rezeki buat peniaga air

Cuaca panas beri hasil lumayan buat peniaga air

SEREMBAN, 2 Jun - Cuaca panas yang melanda negara ketika ini memberi hasil lumayan buat peniaga air terutama penjaja di tepi jalan sekitar daerah Senawang.

Musim Monsun Barat Daya yang mengakibatkan cuaca panas dijangka berterusan sehingga September ini.

Peniaga, Shamsul Haq Basir, 30, berkata, jualan teh dan coklat ais di gerainya mendapat sambutan menggalakkan.

"Jualan air antara yang laku ketika cuaca panas, terutama air yang bersusu atau manis.

"Jadi peniaga air memang waktu ini masa sesuai buat keuntungan," katanya.

Mahadi Mohamad, 49, pula bersyukur kerana jualan air kelapanya kini meningkat.

"Musim panas ini 30 hingga 40 orang belia air kepala sehari. Minum air kelapa banyak khasiat, contoh kalau kita demam kita minum air kelapa pun boleh hilang demam," katanya.

Sementara itu, bagi Tarli Arshad, 67, air cincau serta barli segar yang dijualnya kini tular dan sering habis pada musim panas ini.

"Sambutan buat masa ini sangat baik walaupun bukan hari panas. Ini kerana air jualan saya tular sebab tiada perisa campuran. Selain unik, contohnya air barli lobak merah dan oren cincau," katanya.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK