fb fb fb fb fb

Cuaca panas: Bekalan pengairan di Empangan Bukit Merah dicatu

(Empangan Bukit Merah di Semanggol, Perak)

IPOH, 21 Jun- Bekalan pengairan di Empangan Bukit Merah di Perak dicatu melibatkan kawasan Kompatmen E di Alor Pongsu, Kompatmen F (Bagan Serai), Kompatmen G (Selinsing) dan Kompatment H di Gunung Semanggol.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, catuan dibuat berdasarkan paras empangan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan serta tidak melibatkan kegunaan air domestik.
 
Setakat ini, paras air semasa berada pada Aras Kritikal Pengairan iaitu 6.995 meter susulan cuaca panas.

Air Empangan Bukit Merah disalurkan bagi mengairi kawasan pengairan di daerah Kerian, Perak dan sebahagian selatan Pulau Pinang iaitu Sungai Acheh melibatkan lapan kompatmen yang berkeluasan 20,000 hektar. 

Tiga kompatmen telah selesai menerima bekalan air dan baki lima lagi sedang menerima bekalan air.

Bagi tindakan segera, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) daerah Kerian sudah menempatkan pam bergerak di lokasi kritikal bagi pengairan kawasan padi.

(Empangan Bukit Merah di Semanggol, Perak)

Media Baharu