fb fb fb fb fb

Kesedaran tentang SKSPS perlu diperluas

KUALA TERENGGANU, 20 Jun- Hanya 634,215 orang atau 21.9% daripada 2.89 juta orang yang bekerja sendiri di negara ini mencarum bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) setakat ini.

 Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, sejak skim ini dilancarkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pada 1 Jun 2017, faedah sebanyak RM15.5 juta telah dibayar kepada 4,890 pencarum.
 
Skim ini boleh melindungi sekurang kurangnya 20 sektor pekerjaan sendiri seperti sektor kesenian, perhutanan, makanan, pembinaan, premis penginapan dan teknologi maklumat.
 
Bagaimanapun kira-kira 80% orang yang bekerja sendiri belum mendapat perlindungan bawah SKSPS.
 
"80% ini ramai tidak tahu, bahawa mereka boleh mencarum. Mereka mungkin rasa hanya mereka bekerja bawah seorang majikan yang layak untuk mencarum dalam PERKESO. Tetapi mereka juga layak mencarum walaupun bekerja sendiri," kata V. Sivakumar kepada pemberita ketika hadir melawat Pusat Rehabilitasi PERKESO di sini.
 
Terdahulu, beliau menziarahi dua keluarga pencarum dan menyampaikan faedah PERKESO kepada keluarga Allahyarham Che Aziz Che Nik yang meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, di an Khairudin Salleh yang terlantar sakit akibat jangkitan kuman dalam darah.

(Foto fail)

Media Baharu