fb fb fb fb fb

PM terima kunjungan hormat Mufti Wilayah Persekutuan

(FB Anwar Ibrahim)

PUTRAJAYA, 20 Jun- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah di pejabatnya petang tadi.

Menerusi catatan Facebook, Anwar berkata dalam pertemuan itu Dr Luqman menyampaikan taklimat hal ehwal agama berhubung pertanyaan dan pengurusan fatwa masyarakat.

"Saya juga diberi penerangan daripada beliau mengenai perancangan program bersempena Sambutan Jubli Emas Pejabat Mufti Wilayah pada tahun depan" katanya

Menurut beliau turut dibincangkan, perkembangan dan penambahbaikkan ilmu falak serta kemudahan balai cerap dalam negara.

(FB Anwar Ibrahim)

Media Baharu