fb fb fb fb fb

Cuaca panas: 2,634 bomba siap siaga di Perak

(Ipoh)

IPOH, 11 Mei- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak bersiap siaga untuk berdepan cuaca panas berpanjangan dengan menugaskan seramai 2,634 anggota bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Pengarah JBPM Negeri, Azmi Osman berkata, selain sokongan daripada ketersediaan kelengkapan pemadaman api, jentera serta rondaan secara berkala di kawasan berisiko.

Setakat bulan lalu, pihaknya menerima sebanyak 922 laporan kebakaran terbuka berbanding hanya 749 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Sebanyak 23 kawasan titik panas yang berisiko dikenal pasti, antaranya laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands, Taiping dan Gerik.

"Kebakaran terbuka tidak semestinya berlaku di titik panas sahaja, ia boleh berlaku di kawasan lain juga, berpunca daripada kelalaian manusia.

"Jadi perhatian kami bukan kepada 23 titik panas sahaja, tetapi seluruh negeri Perak," katanya di sini

Tambah beliau, beberapa strategi pemadaman turut dirangka oleh pihak bomba, antaranya melaksanakan pelan kontingensi air dengan bantuan setiap balai dan masyarakat setempat, selain memperkukuh kerjasama dengan agensi lain.

"Pelan kontingensi air ini adalah semua balai dikehendaki membuat kajian di kawasan jagaan mereka dengan sumber air terbuka, contohnua sungai, lombong atau parit yang boleh kita guna pakai semasa kecemasan.

Ia secara tidak langsung dapat mempercepatkan tindakan pemadaman dan menjimatkan air dari Lembagi Air Perak, sekiranya diambil terus dari pili bomba," katanya

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka, selain melaporkan aktiviti tersebut kepada jabatan bomba bagi mengatasi kemerebakan kebakaran ke kawasan lain.

(Azmi Osman)

Media Baharu