fb fb fb fb fb

Cuaca baik, banjir di Terengganu semakin pulih

FOTO RTM

KUALA TERENGGANU, 23 November- Situasi banjir di Terengganu semakin pulih menyaksikan sehingga pukul 10 malam tadi, susulan cuaca baik di beberapa tempat.

Enam PPS di dua daerah masih beroperasi dengan menempatkan 229 penduduk terjejas banjir.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataannya berkata Marang masih merekodkan penduduk terjejas banjir paling ramai dengan 192 orang daripada 37 keluarga di empat PPS.

Manakala Dungun 37 orang daripada tujuh keluarga di dua PPS.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE