JOHOR BAHRU, 16 Oktober - Kerajaan Johor komited meneruskan inisiatif hutan bahagian tengah Semenanjung atau Central Spine Forest (CSF) di negeri itu bagi memperkasa sektor ekopelancongan Johor.
Exco Pelancongan Alam Sekitar, warisan dan Budaya, K. Raven Kumar berkata CSF merupakan pendekatan terbaik memelihara flora dan fauna sekali gus merangsang peningkatan kehadiran pelancong ke taman-taman ekorimba.
Beberapa kawasan menarik juga dikenal pasti dan boleh ditambah dalam zon CSF itu bergantung kepada keperluan.
"Inisiatif ini bagus kerana menjaga flora dan fauna kita yang dan dari segi animal enconuterable antara manusia dengan haiwan, jadi adalah inisiatif CSF jangka panjang menyelesaikan terutama konflik hidupan liar dan manusia," kata K. Raven, di sini.
(Exco Pelancongan Alam Sekitar, warisan dan Budaya, K. Raven Kumar
ketika majlis perasmian Showcase CFS Negeri Johor)
Katanya, kawasan ekopelancongan di Johor menerima kehadiran pelancong yang ramai pasca COVID-19 namun sedikit terganggu selepas beberapa lokasi tumpuan rosak susulan banjir, Mac lalu.