fb fb fb fb fb

Usul isu MYAirlines, dibahaskan di Parlimen - Anthony

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 16 Oktober- Satu usul akan dibahaskan di Kamar Khas di Parlimen berkenaan keputusan syarikat penerbangan, MYAirlines Sdn Bhd.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata lesen MYAirline akan digantung buat sementara waktu.

"Yang paling penting sekarang adalah kita mahu pastikan hak pengguna terpelihara, hak pengguna mesti dipertahankan. Mereka ada hak untuk mendapat bayaran balik dan itu satu yang amat penting.

Selain itu, kebajikan 900 pekerja MYAirlines mesti dijaga. Di pihak kementerian, kita menggantung lesen mereka sementara waktu,” kata Anthony kepada pemberita di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa (MITEC), di sini, hari ini.

Tambahnya, syarikat itu masih wujud dan telah menghentikan operasi sementara untuk mencari pelabur baharu.


(Menteri Pengangkutan, Anthony Loke)

Media Baharu