fb fb fb fb fb

SSM Siasat Syarikat East West One Group bawah AMLA

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 16 Oktober- Suruhannjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menerima beberapa laporan dan aduan berhubung insiden pembayaran dividen pelaburan oleh syarikat East West One Consortium Berhad (EWOCB) serta East West Horizon Plantation Berhad (EWHPB).

46 aduan berkaitan syarikat ini telah diterima SSM untuk tempoh April hingga September tahun ini.

SSM dalam kenyataannya memaklumkan, kertas siasatan telah dibuka pada 25 September dan siasatan sedang giat dijalankan.

"Siasatan dilakukan bawah peruntukan Akta Skim Kepentingan 2016 (ASK 2016), dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA),"menurut kenyataan tersebut.

Lanjutan daripada aduan yang diterima, SSM memaklumkan pihaknya telah melakukan pemeriksaan fizikal ke atas pejabat pengurusan serta lokasi penanaman kelapa sawit bagi meneliti isu yang dibangkitkan.

"Empat kompaun telah dikeluarkan kepada dua orang pengarah syarikat, seorang pengurus dan syarikat pengurusan EWHPB di bawah seksyen 46(1) ASK 2016 dengan nilai kompaun 1 juta ringgit pada 25 September lalu.

"Mengikut rekod SSM, EWOCB dan EWHPB merupakan syarikat yang menawarkan skim kepentingan berbentuk pelaburan kongsi tani berkaitan penanaman kelapa sawit,"menurut SSM.

Skim-skim kepentingan tersebut merupakan skim kepentingan yang berdaftar bawah ASK 2016 yang dikawal selia oleh SSM.

SSM menjelaskan pihaknya sentiasa konsisten dalam mengawal selia pematuhan peruntukan undang-undang yang ditadbir dengan mengambil tindakan pematuhan, siasatan dan pendakwaan terhadap entiti atau individu yang didapati melanggar peruntukan undang-undang yang ditadbir di samping memastikan komuniti korporat peka berhubung tanggungjawab serta etika perniagaan.

"SSM memandang serius dakwaan seperti ini kerana ia menjejaskan amalan tadbir urus korporat baik yang seharusnya dipraktikkan oleh pengarah-pengarah syarikat.

"Pelabur yang terkesan dengan skim-skim kepentingan berdaftar yang diuruskan oleh EWOG dan mempunyai maklumat untuk membantu siasatan, disarankan tampil untuk membuat aduan melalui emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau hubungi 03-2299 4400,"menurut SSM.


(FOTO HIASAN)

Media Baharu