fb fb fb fb fb

Bantuan Awal Persekolahan RM150 setiap murid disalurkan bermula Januari 2024

(FOTO HIASAN)

PUTRAJAYA, 16 Oktober - Bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada setiap murid akan disalurkan bermula Januari 2024.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, bantuan secara 'sekali bayar' itu akan memberi manfaat kepada 5,254,200 orang murid.

(FOTO HIASAN)

"Bayaran akan disalur melalui sekolah dan diagih kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

"KPM percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan 2024," kata KPM menerusi kenyataan.

Penjelasan dibuat susulan timbul kebimbangan sesetengah pihak mengenai ketiadaan BAP dalam pengumuman Belanjawan 2024, seperti dilaporkan media.

Kementerian Pendidikan memaklumkan, sebanyak RM788.13 juta diperuntukan dalam Belanjawan 2024 khusus untuk BAP.

Media Baharu