(FOTO HIASAN)
KUALA LUMPUR, 3 Mac- Malaysia masih mempunyai 9,256 kes aktif COVID-19 dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,896 kes (96.1 peratus) kuarantin di rumah, demikian menurut data KKMNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setakat pukul 11:59mlm, 2 Mac 2023.
Secara keseluruhannya, sehingga semalam (2 Mac), Malaysia merekod sebanyak 5,043,252 kes COVID-19, kes sembuh 4,997,031 dan 36,965 kes kematian. Malaysia kini berada dalam fasa pra peralihan ke endemik mulai 1 April 2022. Pandemik COVID-19 mula melanda Malaysia pada 25 Januari 2020.
Semalam (2 Mac), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 244 kes harian baharu COVID-19 iaitu tertinggi untuk tempoh Rangkuman Bernama 25 Feb hingga 2 Mac 2023, termasuk dua (2) kes import dan lima (5) kes kematian.
Daripada 244 kes, enam (6) negeri/wilayah mencatat kes dua (2) angka, didahului WP Kuala Lumpur (81) diikuti Selangor (76), Melaka (14), Johor (12), Sarawak (11) dan Pulau Pinang (10).
Kes satu angka dilaporkan di Kedah (8), Terengganu (7), Perak (5), Negeri Sembilan (5), Sabah (4), Kelantan (4), Pahang (4), WP Putrajaya (2) dan WP Labuan (1). Perlis mencatat sifar kes.
Dengan 5,043,252 kes kumulatif COVID-19, Malaysia menduduki tangga 28 daripada 229 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Chile (5,172,090 kes) dan Ukraine (5,389,439 kes).
Dalam kalangan 229 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Taiwan mencatat kes harian baharu tertinggi (14,103) diikuti Rusia (14,096) dan Jepun (11,506).
Amerika Syarikat mencatat jumlah kes kematian akibat COVID-19 tertinggi iaitu 1,146,630 kes.
Kes aktif COVID-19 di Malaysia setakat pukul 11:59 mlm 2 Mac 2023 adalah sebanyak 9,256 dan daripada jumlah itu, sebanyak 96.1 peratus (8,896) dikuarantin di rumah.
Sifar (0) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 353 kes (3.8 peratus) di hospital; 5 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 2 (0 peratus) di ICU memerlukan ABP. -BERNAMA
(FOTO HIASAN)