fb fb fb fb fb

COVID-19: Malaysia catat 2,641 kes baharu


KUALA LUMPUR, 10 Januari- Kes baharu COVID-19 hari ini mencatatkan sebanyak 2,641 kes.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes kini 2,788,860, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kes import pula sebanyak 338 kes, melibatkan 273 warganegara dan 65 warga asing.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 2,808 kes sembuh dilaporkan dan 4 kluster baharu dilaporkan.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 169 kluster.

Seramai 253 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi dengan 106 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Berhubung situasi semasa bencana banjir, sehingga 3 petang hari ini jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi  sebanyak 43 iaitu di Johor (37), Pahang (3) dan Melaka (3).

Tambahnya lagi, 1 kes baharu COVID-19 hari ini dikesan dalam kalangan mangsa banjir.

Media Baharu